MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, January 3, 2012

Hitam jadi kelabu

Assalamualaikum........
Sekarang ni memang takde mood nak keluar makan tengahari, jadi makan je apa yang ada kat dalam bilik. Kesempatan yang ada digunakan untuk menjelajah blog teman2 dan yang paling mengejutkan saya isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah berkenaan perubahan adik Nur Amalina Che Bakri. Saya tak mahu komen panjang lebar pasal perkara ni cuma diharapkan apa yang dipapar dan diperkatakan bukan kenyataan. Ok le berbalik kepada n3 kali ini saya nak kongsikan menu yang menjadi kegemaran anak sulung saya , Mohamad Alif Daniel. Pada ahad lepas saya masak kari ayam untuk makan tengahari dan memang buat lebih untuk dimakan bersama roti jala pada waktu petang. Disebabkan petang tu alif ajak pergi temankan dia mandi kolam maka aktiviti menjala dilakukan selepas waktu maghrib. Semasa kami berenang saya maklumkan kepada alif nak buat roti jala, macam-macam idea yang diberikan antaranya kaler merah + oren, hijau + biru + purple, biru + merah, hitam + putih dan banyak lagi le. Hehehe teruja sungguh dia ketika itu. Masa bancuhan disediakan 1 bahagian diwarnakan hitam manakala sebahagian dibiarkan tanpa sebarang warna. Tapi malangnya warna hitam yang diimpikan tidak menjadi sebaliknya kaler kelabu yang muncul. Tak pe le janji ada kaler. Masa menjala tu alif berdiri disebelah sambil memberi arahan cara nak menjala. Walaupun rasa agak susah tapi rasa sangat bahagia sebab dapat menghabiskan masa yang amat berkualiti bersamanya. Lagi tak tahan dia suruh mamanya berniaga roti jala kat pasar malam. Anak..anak... layak ke mama ni berniaga makanan, mesti tak ramai orang beli. Seperti biasa saya menggunakan resepi kat bawah ni sebab sesuai sangat dengan tekak ahli rumah ini. Masa di kampung dulu saya gunakan resepi yang INI, MIL siap puji lagi. Apa pun terima kasih kepada semua penyumbang resepi, budi kalian amat dihargai.


RESEPI ROTI JALA 
Sumber: lynn@myresipi.com

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. ) ~ saya buat 1/3 dari resepi ni

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara
  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.





    14 comments:

    Sue @ Nenie said...

    Salam Kak Sam...Selamat Tahun Baru 2012...emm takpelah kaler tak capai piawaian, janji sedappppppppp kan kan kan kan...

    izahdaut said...

    selamat tahun baru buat kak sam sefamily. kak sam.. ayam belakang roti jala tu napa tak interprem. sangat menyentuh hati ku. hhe.. roti jala cun sey..

    dan semoga si amalina tu berubah ke jalan yg benar

    tun_telani said...

    macam mana laa si alif tu blh mintak roti jala kaler hitam.. hehe.. mcm2.. tun ni dh lama x menjala. tunggu rajin dulu. nk duk ngadap jala sekian hal, makan kejap je licin.

    tu laa.. moga2 amalina kembali ke jalan yg benar.

    Anna Qawina said...

    unik kaler tuh..hehe..janji sedap dimakan..

    azieazah said...

    Kagum saya bila tengok roti jala tu bercorak camtuh... Rasa macam susah jer, tapi orang dah biasa, mesti kacang jer tuh kan?

    Mamasya said...

    Slmt thn baru 2012 buat Sam sekeluarga.Alif boleh gang dg Syafiq,anak no 3 yg cukup suka roti jala.
    re; tinggi juga Sam rupanya...anak sy dulu selalu dok ukur dg mamanya..dia dah menang skrg sbb tinggi dr mamanya...

    Kak Sam said...

    Sue...
    betul tu yg penting diorang suka

    Kak Sam said...

    Izah...
    Sian kat ayam tu. nampak beno bukan model utama

    Kak Sam said...

    Tun...
    Semoga semangat menjala cepat datang. Sedapppp

    Kak Sam said...

    Anna...
    Hahaha orang takde keje le tu

    Kak Sam said...

    AA...
    Memang suka menyusahkan diri sendiri. Demi anak2 le katakan.

    Kak Sam said...

    Mamasya...
    Hehehe nanti tak tau le kalau bebudak 2 orang ni dah beso cam mana. Tingggi + besor =tettttt

    FairyLilly said...

    rajin Kak Sam layan anak ya...roti jala kaler kelabu tuh :). Last 2 months kot saya cuba buat roti jala, tapi tak jadi pulak. Nanti nak cuba resipi yg KakSam guna..

    HomeKreation said...

    Macamana jadi warna kelabu.... cantik lah pula.