Assalamualaikum...........
Tak larat dah rasanya nak berdiri kat dapur, macam-macam nak dibuat. Kalau ikutkan hujung2 minggu ni memang seronok kalau dapat golek-golek je kat rumah. Tapi apakan daya demi orang-orang tersayang dan keinginan untuk meningkatkan kemahirana masak-memasak jadi kena le merajinkan diri. Semalam lepas menghabiskan masa bersenam bersama keluarga di taman, terus pergi ke tesco. Memang seronok pergi awal-awal sebab senang nak parking kereta dan yang kedua bahan-bahan basah kelihatan segar-segar belaka. Kelihatan petugas tesco sedang mengeluarkan stok arrowhead/ ngaku yang baru, punya le ramai nyonya berebut memilih buah yang terbaik. Apa lagi aku pun menyibuk sekali tapi ambil tak banyak dalam 10 biji sebab takut tak larat nak buat. Masa duk ambik sayuran lain terfikir macam sikit sangat je buah tadi tu jadi pergi ambik lagi. Dapat le lebih kurang 2 kilo untuk 2 plastik. Bila masukkan dalam troli hubby kata macam tak cukup je, napa tak ambik banyak lagi. Sebagai isteri mithali aku pun pergi le pilih lagi dan sempat lagi bersembang dengan sorang nyonya pasal buah ni. Akhirnya berjaya bawa balik ke rumah 4 kg buah arrowhead ni. Petang semalam sempat proses 2 kg dan cadangnya petang ni kena habiskan baki yang ada tu. Walaupun penat tapi bila tengok hubby dengan anak-anak makan berbaloi rasanya. Tukang buat pun apa kurangnya, pantang masuk dapur mesti akan buka balang kerepek tu. Ok le saya kongsikan cara membuatnya di sini sebab masa upload gambo kat FB ada yang bertanya. Kepada Anna Qawina, Tun Telani dan CT Zaliedana jemput ambik 5 keping sorang yea. Sebenarnya mula berjinak-jinak dengan kerepek ni tahun lepas, goreng ikut cara Kak Nor KT.
KEREPEK ARROWHEAD/ NGAKU
Sumber: Secubit Garam
Bahan-bahan
* Arrowhead/ Ngaku
* Penyagat
* Minyak masak
* Air + Garam
* Arrowhead/ Ngaku
* Penyagat
* Minyak masak
* Air + Garam
Cara-cara
1. Buang kulit Arrowhead/ Ngaku dan basuh bersih
2. Rendam seketika di dalam air yang telah dicampur garam
3. Sagat Arrowhead/ Ngaku dan goreng sehingga garing/ kekuningan.
Nota: Berhati-hati semasa menyagat ye.
17 comments:
kak samm... nak sebalang!! haha.. jakun habis nih.. 4 kilo kerepek ye.. agak2, sikit punya lama nk siapkan, kejap je habis ngunyah depan tibi kan..
ouuuch...mokwo dah fobia nak sagat benda nih..lepas kemalangan berdarah taun lepas...hihi...berhati2 di dapur raya...meh nak makan sekilo!
sedapnya! tak pernah buat kerepeknya Kak Sam, memang nyonya2 suka beli tapi tak tefikir pula nakbuat apa kalau dibeli, boleh buat kerepek rupanya... heii jakunn... jakunn betul! betul2 jakuun..
saya pun dah pernah makan kerepek ngaku ni kak sam... memang sedap, jatuh cinta abes. cuma kadang2 payah nak dapat, kalau kat tesco tu time2 je ada. ni nak raya cina banyak la kot
Kak sam,tadi sy g mydin,punya berlambak arrowhead nih,pastu beli 1kg esk leh la try wat n rasa..Hb pon xpernh mkn,jakun 2,2 org..Pasni klo sedap n licin,leh la beli lagi n wat kepek lagi,1kg rega xsmp 3hengget pon kan..
salam Kak Sam.Last time kita buat ni raya cina tahun lepas.Tahun ni belum start buat lagi.Kaka ros ambil yang 5 keping tu ya.
Rahel paling suka keropok ngaku ni..tapi skejap je habis 1 balang..harga pun bole tahan..
Tun...
soriiiii dah habis. hehehe bagi amatur cam akak ni, 4kg tu 2 hari baru siap.
Mokwo....
Masa duk sagat tu memang sriau juga dibuatnya. Sebagai langkah berjaga saya sagat tak habis.
Amie...
Baru cuba tahun lepas sebab hubby nak rasa. Sekarang ni dah satu family jatuh cinta
Cheq Sue...
rasanya memang setahun sekali je ada kut. Tengok kat tesco memang ada dijual, tapi tak pernah beli. Prefer buat sendiri
CT...
Selamat mencuba, hati2 erk. Rega memang murah. Kat tesco masa akak beli RM1.88 je sekilo
Kak Ros..
Sila..sila.. jang segan2.
Rahel...
Baut 2 kg tak sampai 24 jam dah licin. Tu yang semangat membuatnya.
As'alam Kak Sam
Salam ceria dan selamat pagi. ct ni kalau nampak buah ngaku ni selalu gak tertanya2. kenapa orang cina tu suka makan, nak masak macam mana erk..? rupanya2 boleh goreng macam ni ya kak sam..hehehe. Adoiii..memang lah ct ni kan ketinggalan zaman betul..hehehe
sesekali nak cuba belilah kot2 insan2 dirumah suka juga juga makan :)
Kak sam.....first time dengar ni..mak ai rasa jakungan sih...order je boley?
kak sam, saya tak pernah beli dan mkn lagi ngaku ni kak...simpankan skit saya sebalang yer nk rasa blk Penang nanti...hehe
Post a Comment