MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 6, 2012

Ikut cara orang johor

Assalamualaikum w.b.t
Sepertimana yang dimaklumkan pada entry sebelum ini, ingin kita kongsikan menu biasa2 je tapi bila guna resepi ni memang best kejadiannya. Kita kata best sebab alif suka sangat, siap minta buat seredak tu banyak-banyak, krup..krap..krup...krap dia memakannya. Untuk kali ni kita cuba makan ikut cara orang johor cicah dengan sambal kicap, ermmm memang mabeles. Sebagai anak jati perak yang bermastautin di penang, memang tak pernah makan cara macam ni, kalau tengok orang cicah pun dengan susu atau gula. Mula tu nak buat gorpis (perkataan goreng pisang masa belajo dulu) ikut stail bonda CMG, sekali bukak almari tengok tepung beras out of stock. Terus search kat google resepi yang sedap tapi ringkas dan teringin nak cuba resepi yang dikongsikan oleh mama kastam. Memang terbaik le. Sambal kicap kita ikut cara CMG. Terima kasih kasih kepada pemilik resepi dan izinkan saya kongsi di sini. 


RESEPI GORENG PISANG/ KELEDEK ALA KAMPUNG
Sumber: mama kastam tioman@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 7 biji pisang siam/nangka ~ saya guna pisang abu
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Pisang di potong serong-serong. Biar potongan tu nampak cantik dan kecil-kecil..
  2. Bancuh adunan tepong, garam, serbuk kunyit, air dan minyak masak. Bila dah sekata, masukan pisang sedikit demi sedikit, cukup untuk sekali gorengan.
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng pisang kita tu..dan mula lah mengoreng macam biasa..
  4. Bila dah kekuningan, angkat. Siap untuk di hidangkan..sabar..tunggu suam sedikit baru boleh makan..

RESEPI SAMBAL KICAP
Sumber: Chef Mat Gebu

Bahan-bahan
  • 20 biji cili padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 camca besar gula
  • Kicap lemak masin secukupnya (mat guna jenama Jalen) 

Cara-cara
  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Tambah gula pasir dan tumbuk lagi hingga gula hancur, tuang kicap secukupnya, kacau rata dan ketepikan.



    10 comments:

    Uncle Lee said...

    Hello Kak Sam, saya suka pisang goreng and keledek goreng. Your these goreng pisang looks really very nice.
    Ada lagi? Ha ha.
    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    kasihredha said...

    sedapnya...
    suka makan dengan sambal kicap ni.
    Tak semua tempat ada jual goreng pisang dengan sambal kicap ni kan.

    Kak Sam said...

    Uncle Lee..
    Sekali hadap je dah habis. Memang happy sangat hari ni, berbunga riang.

    Kak Sam said...

    KR...
    1st time makan macam ni. Kurengg sikit dengan goreng pisang yang dibeli sebab diorang guna pisang awak. tak sedap. hehehe

    ||aLeaSaRa|| said...

    slm perkenalan dan salam maulidur rasul!tahniah saya sggh dari blog bro Ben Ashaari;

    http://www.benashaari.com/2012/02/lagi-header-menarik-dan-simple.html

    owh saya mmg org muar,johor.cukup suka makan pisang goreng cecah sambal kicap.kdg2 kalau beli kat luar,ada peniaga yg bukan org johor.saya balik je rumah,sggp tgu dulu...saya tumbuk sendiri buat sambal kicap dan cecah dgn pisang grg tadi perghhhhh!

    cik cek said...

    Sam...he he ...rindu sgt nak makan goreng pisang cecah sambal kicap...kat sini tak de jualla goreng pisang cecah sambal kicap...memang sedappppp...:)

    ady said...

    as-salam
    pagi2 mkn goreng pisang dgn secawan kopi panas mmg sedap betul..jarang mkn dgn sambal kicap..

    QasehSuci said...

    Kak sam,saya tengok setengah org gunakan tepong beras sebagai tepong tok menggorong tepung gandum cuma masukkan 2,3 sudu aje..ada beza ker?

    Emisha Jamaluddin said...

    sedapnye.... :)

    jom bw blog sy juga...
    http://misha-emisha.blogspot.com/

    tun_telani said...

    lama nyerr la x makan pisang goreng nih.. tun suka pisang yg lembik2 sket wat goreng.. kawin ngan org johor, tp xpandai la mkn cicah kicap nih.