Assalamualaikum w.b.t
Setelah menghabiskan masa bersama anak2 selama 4 hari, berat rasa hati nak pergi kerja esok. Bila difikir-fikirkan balik berada di pejabat mahu pun di rumah memang akan terasa penat namun dengan cara yang berbeza. Kalau di pejabat penat berfikir, melayan kehendak stakeholders, ragam kakitangan bawahan. Manakala di rumah pula penat melayan karenah anak2, masak2, mengemas dan macam2 lagi. Patut la Allah tidak mengizinkan untuk saya menjadi suri rumah sepenuh masa sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kepada semua walau siapa pun kita sentiasalah bersyukur dengan ketentuan-Nya kerana Dia Maha Mengetahu tahap kemampuan setiap hamba-Nya . Malam isnin lepas tetiba teringin sangat nak makan agar2/ puding (asyik fikir nak makan je) tapi memang tak larat dah nak masuk dapur. Jadi sambil lepak2 depan tv cari le resepi puding yang boleh dicuba nanti. Masa tengok senarai puding kat MyResepi tengok agar2 roti by hana6877 (huhuhu rindunya celoteh cikgu ina ni) antara yang mendapat sambutan hangat. Tengok cara buat senang sangat, pagi isnin tu lepas makan pagi terus godek2 kat dapur sebelum pergi pasar. Alahai senangnya tak sampai pun setengah jam masa penyediaannya. Saya buat setengah adunan sebagai langkah berjaga-jaga (kalau tak sedap takde le membazir). Balik dari pasar terus masuk dalam peti aias, petang tu di kala cuaca panas terik terasa sangat segar tatkal menikmati agar2 ni. Aqil sekali hadap habis 2 ketul, memang sedap sangat (nyesal pulak buat 1/2 adunan). Lain kali kalau ada majis makan2 kat opis memang nak bawa agar2 ni, InsyaAllah. Kepada Cikgu Ina izinkan saya CNP kat sini, lain kali kalau nak buat akyah le selongkar tempat orang.
Sumber:
Bahan-bahan ( 12 biji acuan pudding )
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 tin susu cair (170ml)
- 8gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula - saya kurangkan sikit
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
Cara-cara
- Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
- Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
- Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
- SeLaMat MeNcUbe....
11 comments:
Ada lagi ke K.Sam? Esoksama2 le kita pergi kerja ya...
Kak Ros.. Dah licin le. Nyesal plak buat 1/2 adunan je.
Harus dicuba ni...nampak cantek dan nyaman..
rahel...
cuba jangan tak cuba. memang kena sangat ngan tekak saya
Kak cek pulak yg tetiba kechur2 telan2 air liur...tak kan tetengah malam ni nak pi dapo buat puding lak kan...he he...
nampak sedap..mesti enak masuk tekak nih...
sedap nmpk puding tu.. tun penah buat resepi kak dayang, puding roti yg ada karamel tu. yg ni xbuat lg.
kak sam...
ada lagi ke puding tu..
nakkkkkkkkkkk
as-salam kak sam
sedapnye agar2 roti..1st time dgr..
As'salam Kak Sam
cuaca panas2 ni memang sesuailah menu macam ni Sam. ingat nak buat jugalah makan sejuk2 laju jer habisnya nanti..
rajinnya kak sam memuding..sedap tu.saya suka mkn puding..:)
Post a Comment