MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, February 1, 2012

Kasihnya ibu

Assalamualaikum w.b.t.
Dua hari lepas sayu rasanya hati bila baca entry terakhir pemilik jintanmanis.com yang terpaksa melupakan seketika minatnya demi anak tersayang. Begitu mulia hati seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan yang terbaik untuk insan yang telah dilahirkannya. Semoga Ros tabah menghadapi dugaan yang diturunkan kerana Allah S.W.T hanya akan menurunkan ujian mengikut kemampuan hambanya dan yakinlah setiap dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya. Kepada semua, jika ibu anda masih ada bahagiakankalah hati mereka dan jika telah tiada sentiasalah doakan kesejahteraan mereka di sana.

Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: 
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kali ini saya nak kongsikan donut yang dibuat pada petang ahad lepas. Sebenarnya dah lama teringin nak buat tapi apakan daya aura datang macam kura2, tak pe biar lambat asal dapat merasa. Terima kasih kepada Ros kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni. Satu adunan ini saya dapat dalam 20 biji, dapat le disejukbekukan sebahagian untuk dimakan bila rasa teringin nanti. InsyaAllah lepas ni nak cuba donut keledek pulak.


RESEPI DONUT KENTANG
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya 
  • 250 gram tepung gandum
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)


Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.





    6 comments:

    ady said...

    AS-SALAM
    PETANG2 MACAM NI SEDAP MKN DONUT BERSAMA secawan kopi panas...

    KakAsma said...

    waaa ada donut kat sini..donut mmg lembut dan gebu kan kak sam,akak suka buat donut nih..kekdg simpan gak cam kak sam...

    Zalieda Zaliedana said...

    Sy pon da donut frzen lam freezer,wat mgu lpas lagi,donut kledek fatmah,mmg sedap n lembut yg amat..

    tun_telani said...

    eh..nape ngan anak kak ros? dh lama x jenguk JM. nnti nk gi usha..
    tun dh lama x mendonat.. mmg sedap donat kentang.. lembut sgt!

    E-na Zarina said...

    apa2pun family paling penting kan...moga ros tabah n kuat menghadapinya...
    alalaaaa comeiiinya donut tu...E-na klu buat donut mmg fail...x cantik!!

    Nadz Nazharzan said...

    Assallamualaikum kak sam

    Hati ibu mmg macam tu kan kak.. Mmg lebih mengutamakan anak2 dan suami dari diri sendiri biasanya..

    Cantik tembam2 donatu akak..