Assalamualaikum w.b.t
Alangkah seronoknya jika selepas bercuti panjang kerja di pejabat tidak akan bertambah dan lagi seronok takde kerja langsung. Namun mana mungkin ianya berlaku kerana lumrah alam pekerja, kerja tidak akan habis dan ianya akan bertambah dari hari ke sehari. Bila difikir-fikirkan memang malas rasanya nak kerja tapi apakan daya sudah ketentuan-Nya bahawa sehingga ke saat ini masih bergelar wanita bekerjaya. Nasib baiklah setiap 7.30 pagi radio ikimfm menyiarkan slot motivasi pagi, memang suka sangat dengar sebab ia dapat meningkatkan motivasi diri untuk meneruskan kehidupan setiap hari. Bermula 1 Februari lepas slot ini bersama Ustaz Badlishah Aluddin, bicaranya santai sekali dengan kisah-kisah binatang diperdengarkan untuk sama-sama kita mengambil iktibar dari cerita-cerita tersebut. Cukup menarik sekali apabila mendengar kisah si ketam yang saling berdengki diantara satu sama lain, kisah si tikus yang tetap dengan sifat tikusnya walaupun sudah bertukar menjadi kucing anjing dsb dan terbaru kisah si jalak yang berlagak angkuh dan lupa rutin hariannya berkokok di subuh hari disebabkan sebutir permata yang disimpan di dalam mulutnya. Lucu namun amat relevan dengan sifat manusia dan kehidupan seharian. Tak sabar nak tunggu esok pagi binatang apakah yang akan diceritakan. Tungguuuuu....... Kepada semua dengarkan ikim fm kerana banyak manfaat yang akan kita perolehi.
Berbalik kepada perihal makanan, kali ini saya nak kongsikan apam polkadot yang saya buat malam jumaat lepas. Balik je dari kerja petang khamis tu memang teringin sangat nak makan apam ni. Kalau nak buat masa weekend buat penat je sebab takde orang makan. Jadi buat je malam tu sebab boleh bawa ke pejabat pada keesokan harinya. Masih menggunakan resepi yang telah dicuba sebelum ni cuma ditambah sedikit essen vanila. Lupa pula untuk kurangkan gula jadi hasilnya agak manis. Walau bagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan apam yang dihasilkan dan ianya habis dimakan oleh rakan sepejabat. Alhamdulillah.
RESEPI APAM POLKADOT
Sumber: sheely@myresipi.com
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus ~ boleh kurangkan
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
- 1 st essen vanila
Cara-cara
- masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
9 comments:
Mesti sedapkan apam polcadote ni...
yap. buat semata2 tuk layan tekak sendiri
wahh nampak macam ladybird jer. comel! hehe :) thanx kak sam follow blog saya <3
Kak Sam,gebu2 semua apam dot2 itew...geram gue tengok..sedapnya klu pekena secangkir teh panas..
kak sam...liza terberkenan dgn acuan dia tu, cantikkk...ekekekekee
sedapnya kak sam..pandai akak..=)
Assalam kak sam, cantik apam polkadot tu, n cantik juga acuan tu
Rajin nyaaaa mengedot! hehehe
balas kunjungan dan follow blog ni..
cantik..mesti sedap ni...:)
Post a Comment