MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 13, 2012

Tak lekang dek panas

Assalamualaikum w.b.t.
Hajat dihati nak buat n3 yang ditagkan oleh adik siti suraya tapi disebabkan masa tidak mengizinkan makanya saya kongsikan kuih yang sangat sedap ni. Buatnya pun senang je. Entah kenapa tetiba rasa teringin sangat nak makan buah melaka ni jadi buat le sikit demi untuk memuaskan tekak sendiri. Bebudak 2 orang ni memang tak pandang langsung, baba diorang jeling2 gitu je makan le 2-3 ketui. Ok le layan je la menu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ni, tadi tengok kat Sinar Kehidupanku kaler2 gitu.


RESEPI ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA
Sumber: Hanieliza FP

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • jus pandan secukupnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]


Cara:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
  3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
  4. Panaskan air hingga mendideh.
  5. Masukkan bebola pulut tadi.
  6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
  7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
  8. Hidangkan.




    7 comments:

    HomeKreation said...

    Salam KakSam. Selalu buat waktu pose jer ni. Lama betoi x makan....hehe

    Yatie said...

    alahai terliur plk tngk Kak Sam punyerrrrr..nak rasa seketoi...jadilah wat rasa2 jek...sedapkan sesekali makan kuih mcm ni..

    Unknown said...

    sedap nie k.sam...feberet arwah abah, betul tue slalu mkn nie time bulan pose....:))

    kasihredha said...

    akak pun sukaaaaaa sgt .
    selalu buat waktu bulan puasa :)

    ibundo said...

    orang nisemilan kata kue ni kue kelopong. Memang sedap. Lagi lagi kalau dapat gula anau yang ori yang tak campur gula pasir.

    Mas said...

    klu bulan puasa..
    mas suka sangat kuih ni....he3

    mala said...

    Ini favourite si bongsu saya :-)