MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, February 12, 2012

Teruskan promosi

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah syukur kepada-Nya kerana diberi peluang untuk terus menikmati saat-saat manis berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Jumaat lepas berkesempatan menghadiri ceramah agama sempena Majlis Perhimpunan Pagi bersama ketua jabatan. Ustaz tu kata jika tertulis hayat kita mencecah usia 65 tahun, bila dicongak ditolak ditambah dibahagi sebenarnya hanya 2 tahun sahaja masa yang diperuntukkan untuk menyembah yang Maha Esa itupun jika setiap waktu dilaksanakan dalam tempoh 10 minit. Tapi jika hanya 5 sahaja diperuntukan untuk melaksanakan ibadat wajib ini maka hanya 1 tahun sahajalah kita bersujud kepadaNya. Jadi wajarkah kita terus meremehkan sembahyang 5 waktu kerana terlalu banyak nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Janganlah kita alpa dengan urusan dunia, jalan tanggungjawab sebagai umat nabi Muhamad S.A.W dengan sebaik-baiknya. Masa yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali. Subhanallah.

Berbalik kepada kisah makan2 hari ini sempat menyediakan nasi ayam berempah, ini semua gara-gara godaan yang dimulakan oleh kak anym my kitchen pastu kak ita masam manis dan semalam kak rose my kuali. Yang bestnya hari tu siap habaq kat kak anym yang kita ni akan jadi orang terakhir untuk cuba tup.. tup..tup hari ni jadi nyata. hahahaha suka..suka..suka. Tak tahu le kenapa godaan kali ini cukup kuat rasanya. Kepada sesiapa yang takde idea nak masak apa, jangan berlengah lagi masaklah nasi ayam berempah ini. hehehe promote baik punya. Ok le kepada tuan empunya resepi dan promoter2nya terima kasih daun keladi kalau ada menu best2 jangan serik untuk berkongsi lagi.


RESEPI NASI AYAM BEREMPAH
Tuan empunya resepi: Zana
Dipanjangkan oleh: Kak Anim, Kak Ita, Kak Rose

Bahan2 Nasi
  • 600 gm beras basmathi 2" halia-akak hiris halus
  • 5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis
Bahan untuk sup dan ayam berempah
  • 1 ekor ayam di potong empat
  • 1 bunjut rempah sup-akak guna 2 sb serbuk rempah sup
  • air secukupnya menutupi ayam
  • garam secukup rasa
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1"halia
  • bahan *-ditumbuk halus
  • 2 sb rempah kari daging
  • minyak untuk goreng terendam

Bahan utk sos
  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 st gula pasir
  • 1 sm sos tomato
  • 2 sm jus limau kasturi
  • sedikit air masak
Hiasan
  • Timun,Tomato Dan salad

UTK SOS HITAM@KICAP dari sini
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
  • Campurkan semua. ketepikan.

Cara
  1. Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan sup bunjut,kemudian rebus ayam hingga mendidih.
  2. Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan
  3. Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min
  4. Sementara itu cuci beras-ketepikan
  5. Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan
  6. Masukkan beras dan kacau rata
  7. Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi
  8. Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak-tak perlu tunggu lama,memadailah hingga nampak kekuningan..dan hias dengan tomato,timun dan salad




    10 comments:

    anymz said...

    sedap kan sam?..rasa mcm nak buat lagi..kali ni boleh ikut versi ita pulak...kita bako je ayam tu..hehe

    LYAfrina said...

    aumm sedapnyer.. suka sgt ayam berempah..tp x pndai buat..blh ngetest ni

    Kak Sam said...

    Kak nim..
    betul tu. Rasa seronok bila cuba dan terus mencuba ni.

    Kak Sam said...

    Lya...
    test jgn test. kasi taruk rempah tu lebih sikit.

    mala said...

    assalamualaikum kak sam - salam kenal. follow u!

    cik cek said...

    Sam...sedapnya set nasi ni....:)

    Mas said...

    ni yg tak sabar2 nak try....he3

    Kak Sam said...

    mala...
    tq sudi singgah sini

    Kak Sam said...

    Cik cek...
    hehehe sedang mempromosikan benda baik.

    Kak Sam said...

    Mas...
    cepat..cepat.. jgn tnggu lagi