MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, April 8, 2012

Cheesecake lagi & Kad dari Findland

Assalamualaikum w.b.t.
Jika kita sukakan sesuatu perkara pasti sedaya mungkin untuk melakukannya walaupun begitu terbatas waktu yang ada. Itulah yang dirasai ketika ini, tercari-cari juga le password untuk memasuki MyHomework. Almaklum le semenjak menjadi pemangku bos selama 3 minggu ini huru hara jadinya, password untuk luluskan payment pun terlupa. Siap kena bekejar ke AG untuk dapatkan password yang baru. Setelah 2 minggu berlalu baru sedar rupanya memang susah jadi bos ni. Terlalu berat tanggungjawab yang dipikul tambahan ujian yang berlipat ganda diturunkan oleh Yang Maha Esa. Jika tidak dipositifkan diri boleh bengong dibuatnya. Allah S.W.T akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka. Amin.

Ok le tak mau cerita panjang2 lagi, layan je cheesecake yang sedap ini yang dibuat sempena bacaan yassin di pejabat jumaat lepas. Base dan cake dibuat pada malam khamis, manakala topping dibuat pada malam jumaat. Masa buat SEBELUM NI saya ikut cara di resepi iaitu bakar secara water bath. Tapi kali ini saya ikut cara along iaitu bakar terus dalam oven. Dari segi rasa kedua2 kaedah sama je, tapi dari segi rupa rasanya guna kaedah water bath lagi cantik. Alhamdulillah semua suka dengan kek ni. Berbaloi sangat rasanya.

Rasanya lepas ni kesempatan untuk singgah MyHomework akan digunakan untuk berkongsi atau dengan kata lain memanjangkan resepi2 yang menjadi pilihan hati warga rumah ini. Bukannya apa bila difikir2kan balik senang kalau nak buat lagi tak perlu le tercari2 lagi. Ok le layan je resepi kat bawah ni. Nanti nak buat lagi.



RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE (baked) 
Sumber: AlongRoz@myresipi

Bahan-bahan ( 23cm )

BASE:

  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
  • 50g Almond flakes - toast
FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling 

 Cara-cara
  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (Along selalu nya malas nak "water bath", so bakar mcm tu je - lebih baik sbb nanti base tu lebih crispy)
  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
Oooppppppssss sambung sikit lagi.
Dikesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Nieza sempena sambuatan ulangtahun ke 2 Our Journey Begins. Semoga akan terus diberikan kemudahan untuk berkongsi cerita, resepi dan gambar2 yang cantik2 untuk dikongsi bersama pengunjung setia nurniezza.blogspot.com.





    10 comments:

    Amie said...

    Assalamualaikum Kak Sam,
    tak tahan tengok blueberry yang meleleh-leleh tu... tak tersedar air liur pun ikut meleleh sama... he he hehh

    Kak Sam said...

    Amie...
    kita pun tak tahan. Dengan muka tak malunya kita le yang pi ambik dulu. hehehe nasib baik depa tak kata kita buruk siku. hahaha

    Unknown said...

    Assalam kak Sam, wahh akhirnya kak sam muncul dgn cheesecake yang mengancam jiwa melihatnya ni...lama tak buat CC ni.

    tq kak sam coz sudi ambil kad dan bunga tu..semoga perkenalan kita dialam maya ni akan kekal dialam realiti pula satu hari nanti..InsyaAllah:)

    hana said...

    akakkk... kiter dah terkiur nih camneeee... nak skeetttt...

    izahdaut said...

    tak pe kak.. trauning jadik bos sebab nanti naik jadi bos betul betul jugak kan... hehe

    nak kekk

    rahel said...

    Waaa..menggodanya ciskekmu itew Kak Sam...hulur sikit kat sini..

    tun_telani said...

    wahh.. bz nyer akak kita nih.. bz2 pun sempat wat ciskek sebijik tuu... bila laa tun nk jd bz jugak, bosan dah duk umah nih..

    Nadz Nazharzan said...

    Assallamualikum kak Sam..

    Wah bagusnya pejabat akak.. Mmg bacaan yaasin di pejabat akak tu acara bulanan atau mingguan ke kak..

    Topping kek ni yg tak tahan tgk tu..Meleleh2..grrrrr...

    Balqis Nazid said...

    wahhhhh... tak tertahan menahan air liur terus meleleh terliur

    dapurCikWan said...

    Assalamualaikum kak. Salam kenal dari cikwan..tergoda betul tengok cheese cake akak tu...yang part meleleh tu memang cikwan suka! Nampak mewah je cake tu... =)