MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, July 8, 2012

Kenangan Terindah 2: UMRAH 2012

menmenmendaki  men
Assalamualaikum w.b.t.
Ziarah luar Madinah telah diadakan pada hari ke-3. Diantara tempat yang telah dikunjungi adalah Masjid Quba, Ladang Kurma, Kilang Cetak Quran dan Jabal Uhud. Disebabkan oleh kesuntukan masa Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh hanya dilihat dari dalam bas sahaja.


Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Sabda Nabi S.A.W lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


Road Marking yang unik, kaedah sebegini adalah lebih sesuai digunapakai disebabkan oleh faktor cuaca. Ermmm agak-agak boleh tak buat macam ni kat Malaysia?

Lawatan ke ladang kurma, sekali pandang macam ladang kelapa sawit je.

Buah kurma menunggu masa untuk masak. Alhamdulillah dapat juga merasa buah kurma muda yang baru dipetik.

 
 Kopi panas dihidang diatas meja yang ditempatkan dibawah pokok kurma untuk dinikmati oleh pengunjung. 

 Suasana dalam kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga diluar. Pelik juga sepatutnya harga di ladang lebih murah daripada harga di luar. Di sini harga kurma kegemaran Nabi Muhamad S.A.W iaitu ajwa adalah RS 120.00 sekilo.

Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Keadaan panas dengan suhu mencecah 50 darjah celsius tidak menghalang para jemaah mendaki Bukit Memanah.

Jemaah wanita berkumpul di galeri pameran sementara menunggu jemaah lelaki melawat kilang percetakan. Pelbagai edisi Al-quran dipamerkan di dalam almari cermin, jemaah yang berminat untuk mendapatkan boleh berurusan di kaunter. Setiap jemaah lelaki akan dihadiahkan senaskah Al-Quran ketika berada di dalam kilang.


Sumber:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba


    5 comments:

    zila norazila said...

    salam,bestnya dapat kesana ..bila la giliran kita:)

    Kak Sam said...

    Zila...
    Jika ada kemahuan pasti Allah akan izinkan. InsyaAllah

    Nailah Azman said...

    Assalamualaikum.

    Sebenarnya yang Bukit Uhud tu bukan yang sebenar Bukit Uhud. Yang itu sebenarnya Bukit Memanah. Bukit Uhud adalah yang tersergam indah berhadapan dgn Bukit Memanah tu yang bukitnya tanah dia warna merah tu. Ramai silap dalam hal ini.

    Tapi takpe selagi kita faham asas perjuangan Nabi Muhammad SAW pun dah ok. ;)

    Kak Sam said...

    Nailah...
    Tq. Gambar Bukit uhud memang saya tak masukkan.

    Pink Lavender said...

    SALAM KAKSAM...
    SERONOKKAN DAPAT KESANA..
    SAYA PON RINDU NAK KESANA LAGI

    makneng follow kaksam
    jom follow makneng