MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, September 4, 2012

Sakitnya kakiku

Assalamualaikum w.b.t..
Pernahkah anda memakai kasut tumit tinggi? Seronokkan bila kasut bertumit lebih dari 1 inci tersarung di kaki, rasa lebih berkeyakinan dan nampak elegan. Hrrrmmmm tu mungkin dulu, sekarang ni tak boleh pakai selalu sebab sudah mula terasa kesan pemakaiannya. Kalau dulu suka sangat beli kasut yang bertumit, yang leper tu memang tak berapa nak pandang. Tapi sekarang ni dah terbalik terpaksa cari yang leper demi untuk kesihatan. Ada le sepasang dalam kereta untuk lepas gian. 


Hari ni ada perhimpunan pagi dan mesyuarat pengurusan, jadi pakai le kasut yang jarang-jarang tersarung di kaki tu. Sebelum ni pengarah pernah tegur "you ni dah le tinggi, pakai pulak high heel. Memang kalah semua orang". Hehehe memang betul pun dengan ketinggian 1.7 meter ditambah dengan tumit kasut 2 1/2 inci memang tak sedar diri dibuatnya.


Bila dah pakai seharian, malam ni tanggung le akibatnya. Masa solat terasa kaki teramat le sakit, padan muka den. Mana tidaknya dengan memakai kasut tumit tinggi pengagihan berat badan adalah tidak sama rata. Keselurahan daya berat badan diturunkan pada hujung kaki. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin tinggi daya yang dikenakan pada kaki dibahagian jari ini. Selepas beberapa lama, terutamanya jika mengenakan kasut tumit tinggi hampir setiap hari, pasti akan terasa ketegangan dan kesakitan pada kaki bahagian hadapan (osteoarthritis).


Jadi untuk mengurangkan ketegangan yang dirasakan, saya akan merendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam bukit selama 20-30 minit. Garam bukit ini sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Antara khasiat yang boleh diperolehi adalah :

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Kesimpulannya kurangkan pemakaian kasut bertumit tinggi dan rendamkan kaki anda sekurang-kurang 2 kali seminggu untuk mengurangkan ketegangan pada kaki. 

    8 comments:

    ibh_sue said...

    Asslmkum kak sam.
    Betul tu sue pun sama. Tak boleh pakai lama2 dah. Tp klu 1 inci stgh tu still boleh lg. Dua inci tuk pki time kejap2 boleh la. Kadang tu siap melecet sbb tekanan kot. Maklum la bdn pun bukan selim melim mcm dlu, yg boleh pakai kasut tiga inci. . Heeee

    ijayuji said...

    Salam kak sam, kita dr dulu jarang bertumit sbb rasanya ssh nak jalan :D tp bila dah kawen TERasa nk pakai tp tu lerr ada ank ni lg leceh nak pakai tumit tinggi2 tp beli jugak, cuma beli yg size sama tebal sbb bila ada majlis2 rasmi kat sekolah mmg kena pakai kasut2 mcm ni :D kalau bdn ringan tak terasa sakit tp bila bdan berisi pakai tumit tinggi dia punyer tekanan bdn kat kaki tu yg buat semakin sakit, kita skrg ni pakai kasut leper2 jerr tp kita suke guna sneaker :D laju jer jalan :D

    rahel said...

    Salam kak sam....
    Hemmmm...kasut tumit tinggi kat umah kite dah lama tidor,guna skali-skala jer utk lepaskan rindu bab skarang badan da comel sikit..hihihi...

    Everything's Everythings said...

    haritu pernah terbaca juga dkt blog suruh rendamkan dgn air panas + garam.. (or suam sama la kot)
    tapi tak selalu berjalan sekarang so xde la sakit2 kaki, nnti2 je la boleh cuba experiment ;D

    Mulan said...

    takleh pakai kasut tinggi sbb nnti sama tinggi dgn hubby.. hehe.. lagipon sbb selalu nak cepat.. tak reti nak jalan pelan2 saya ni.. takut gedebuk jatuh dgn kasut tinggi tu.. masa kawin pon pakai kasut seinci je..

    hazila said...

    Salam kak Sam,

    Sesekali teringin juga nak pakai high heel tapi memandangkan kita pun tinggi hampir 170, nanti org sebelah nampak rendah pulak.

    sista said...

    salam perkenalan kak sam...org ptg pauh mai melawat...

    Qasey Honey said...

    slm kenal Kak Sam n follow...terima kasih sudi bkunjung ke blog QH yer...

    tq dgn info yg dberikan tu yer...QH pon dh xmampu utk pakai heel tinggi2 lg...kaki mudah sakit..kecuali tpaksa saja..hihi...kt opis pakai sandal saje...