MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, December 8, 2014

Hotel Richbaliz

Assalamualaikum w.b.t

Awal bulan ni kena pergi mesyuarat kat FRIM, Kepong, mula tu cuak juga sebab 1st time mesyuarat di kawasan tersebut. Apalagi survey kaedah paling mudah untuk sampai ke bilik mesyuarat sebelum masa yang ditetapkan. Mulanya nak naik kapal terbang, tapi dimaklumkan susah kalau nak keluar dari FRIM tu nanti. So decide bawa kereta sendiri walaupun penat travel minggu sebelumnya pun masih belum hilang. Kedua cari hotel plak, kriteria utama adalah kemudahan freezer di dalam bilik. Bila search di internet, terpaut dengan gambar-gambar yang terpapar berkenaan Hotel Richbaliz (baru juga le hotel ni). Terpaksa ambil bilik deluxe sebab bilik superior takde freezer.

sumber website hotel

Mula-mula daftar masuk agak terkejut sebab kawasan receptionis bersepah dan tak tersusun. Rupanya kerja ubahsuai sedang dilakukan. Lepas tu pakaian penyambut tetamu wanita amat menjolok mata dan pada saya memang tak sesuai. Bertambah sedih pemakainya adalah gadis melayu (berdasarkan tag nama yang dipakai). Bertambah stress apabila pelanggan diminta membayar deposit tempat letak kereta sebanyak RM20, Mungkin pihak hotel khuatir pelanggan tidak mengembalikan kad masuk yang diberikan.

sumber website hotel

Hiasan dalaman dalam bilik pada saya ok la, cuma kurang selesa sebab boleh dengar bunyi bising daripada luar. Tambahan pula hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, yang mana suara dari kedai makan berhampiran pun boleh didengari. Kemudahan untuk menseterika baju disediakan di sudut khas yang mana saya lebih selesa seterika baju di dalam bilik sendiri.

sumber website hotel

Setelah daftar keluar keesokan harinya saya terus ke ruang cafe bagi menikmati sarapan pagi. Tiada pelayan yang menanti, sedang tercari2 makanan yang disediakan seorang pelanggan menegur dan memaklumkan bahawa sarapan pagi akan dihidangkan mengikut tempahan pelanggan dan bukannya secara buffet. Beberapa minit kemudian pelayan datang menghulurkan menu, saya meminta set roti bakar dan ommelete beserta teh panas (tempahan mengikut set yang dibenarkan untuk pakej penginapan). Suasana dalam cafe kurang selesa disebabkan terdapat ruang penyimpanan arak yang dipisahkan dengan cermin dan dapat dilihat dengan jelas. Lebih malang lagi lagi makanan yang dihidangkan tidak menepati citarasa, jadi rasanya ini kali pertama dan terakhir saya menginap di sini. Maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh didapati di www.hotelrichbaliz.com.my

 
sumber google


    No comments: