MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, April 8, 2015

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t.

Tahun ni alif dah masuk darjah 5, jadi tahap kerisauan mama berkaitan pencapaian di sekolah semakin meningkat. Kalau sebelum ini tak kisah sangat yang penting perkara-perkara wajib sebagai umat islam dia amalkan. Dari aspek pencapaian akademik dia berada di tahap sederhana, macam mama dulu le. Cuma sekarang ni mama risau sebab sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berubah-ubah dan anak-anak yang lahir Tahun 2004 akan menjadi pelopor untuk satu lagi sistem yang baru diperkenalkan iaitu KSSR. Jika difikir-fikirkan memang pening dah susah hati. Untuk peringkat menengah mama mensasarkan  supaya memasuki sekolah aliran agama seperti MRSM Kepala Batas.


Semalam dalam group wassap ibu2, kami membincangkan topik keputusan ujian sekolah rendah anak dan baru le mama layari website kementerian pendidikan. Sebelum ni tahu tapi buat-buat tak tahu, apa yang penting alif lepas ujian atau peperiksaan mama akan tengok kertas soalan dan semak jawapan telah dibuat. Dari situ mama tahu dimana kelemahan dan berbincang untuk memperbaiki kelemahan yang ada. kepada sesiapa yang nak pergi semak boleh layari http://sapsnkra.moe.gov.my.
 

Bila dah masuk boleh terus klik ruang ibu bapa, pastikan No. Kad Pengenalan / No Sijil lahir ada bersama anda ketika itu. Alhamdulillah keputusan peperiksaan alif telah diisi, bukannya apa ada teman di johor kecewa sebab keputusan anaknya masih belum ada di dalam website berkenaan.


Bila buat analisa dan perbandingan dengan keputusan tahun lepas mama jadi keliru sebab tahun lepas 83 = A tapi tahun ni 83 = B. Bila disemak semula rupanya ada perubahan julat markah mulai tahun 2015. Berikut adalah julat markah terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Februari 2015.

85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.

Terdapat peningkatan markah untuk skor A, jadi usaha mama juga perlu dipertikatkan lagi. Hari ini ada perjumpaan dengan ibu bapa di sekolah alif. Baba pergi sorang je la sebab mama jauh di alor setar.


    1 comment:

    Unknown said...

    sudah serba canggih jaman sekarang..,,...






















    Jelly Gamat Gold G