Assalamualaikum w.b.t....
Bagus betul kan, kalau lagi dua hari takde entri baru maka genaplah 2 bulan MH bersawang. Cerrr bayangkan kalau 2 bulan sawang kat rumah kita tak bercuci mesti sakit mata dan nak pandang siling pun tak lalu. Hujung minggu baru ni semangat bersihkan rumah walaupun kaki yang terseliuh hari tu belum pulih sepenuhnya lagi. Jadi malam tu tanggung le akibatnya, kaki rasa berdenyut balik dan semakin membengkak. Lepas dah kemas sempat hayati setiap sudut yang ada kat dalam rumah tu, alahai sangat tak lawa dan takde seri langsung. Masa tu memang terasa dan sedar sangat yang saya ni bukannya dari golongan yang kreatif dan berseni.
Hihihihi semangat google maksud perkataan kreatif sebentar tadi dan bila diteliti memang ciri-ciri tu takde langsung dalam diri saya. Tapi yang hairannya selama 3 1/2 tahun berkhidmat di jabatan lama macam-macam anugerah saya terima berkaitan kreativiti dan inovasi ni. Pencapaian tertinggi adalah Anugerah Ketua Pengarah MAMPU semasa Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang diadakan di Langkawi. Hujung tahun ni mantan anak buah akan bertanding lagi di peringkat kebangsaan bagi produk yang dihasilkan tahun 2013. Semoga kejayaan akan menjadi milik mereka.
Berbalik kepada kisah rumah tadi, sekarang ni kalau ada masa terluang saya akan melayari blog-blog yang bercerita perihal menghias rumah. Ermmm tak de susah sangat, yang penting rajin buat rujukan dan rajin cari bahan. Ada blogger berjaya menghasilkan ruang yang sangat cantik dan kemas dengan kos yang tak tinggi mana pun. Kreatif sungguh le dan tabik spring saya dibuatnya. Memang cemburu bila setiap ruang yang ada ditatarias dengan indah sekali mengikut citrasa tuan rumah. Harap lepas ni saya pun boleh deko dan hiaskan rumah cantik2 untuk keselesaan kami sekeluarga. Tapi kos kena minima sebab ekonomi sekarang ni tak mengizinkan untuk berbelanja sewenang-wenangnya dan amalan jimat cermat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment