MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, October 14, 2015

Bermulanya Perjalanan Bersama Tupperware Brands

Assalamualaikum w.b.t

Dulu bila mendengar rakan-rakan mempromosikan produk tupperware selalu terfikir "awat la barang tupperware ni mahal sangat, plastik je pun". Tengok katalog pun sekali imbas je, cantik dan menarik tapi bila tengok harga terus letak balik. Pernah berhasrat untuk belikan alif eco bottle yang ada porch sekali, mudah untuk bawa air kosong ke sekolah. Lima enam kali jugak le fikir tapi tak beli pun, baik beli di kedai dua ringgit ataupun di Happy Home berganda-ganda murahnya. Itulah saya yang dulu.



Bulan puasa lepas masa belek-belek katalog tupperwara rakan pejabat terus jatuh cinta dengan Modular Essential Mates Set warna hitam putih, sesuai sangat dengan tema warna dapur. Lagipun masa tu kan dapat bonus, kiranya tahu ke mana duit itu dihabiskan. Dapat pulak percuma FreezerMate 250ml 2 biji, seronok sangat le. Bila gunakan bekas-bekas tu baru sedar kenapa harga produk tupperware mahal, kiranya kalah membeli menang memakai. Sejak itu saya berazam untuk membeli dan menggunakan barangan tupperware sepenuhnya tapi kena beli secara berdikit-dikit.


Minggu kedua syawal akan diadakan jamuan hari raya tsdu dan setiap lorong wajib menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Setelah dibuat undian, majoriti mommies lorong 14 bersetuju supaya barangan tupperware dijadikan hadiah dengan harapan salah seorang dari kami akan dapat dan saya menawarkan diri untuk pergi membelinya.

~Barangan yang diborong mengunakan kad keahlian sendiri~
Dengan hasrat untuk membeli menggunakan kad ahli rakan sepejabat, buat pertama kalinya saya melangkah masuk ke dalam kedai stokis di Mergong. Apabila berada di dalam kedai tersebut saya mula rambang mata dengan produk-produk yang dipamerkan. Barulah saya sedar kenapa tupperware mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jadi dengan begitu teruja saya menyatakan hasrat untuk menjadi ahli dan apabila nama dimasukkan dalam sistem rupanya saya adalah ahli tupperware dengan status "DROP". 

Masa itu baru teringat bahawa adik ipar pernah mendaftarkan nama saya sebagai ahli di Ipoh, Perak. Tapi saya tidak pernah ambil tahu dan ambil peduli. Kalau tidak mesti sekarang ini saya sudah memiliki banyak koleksi barangan tupperware. Tidak perlu berasa kesal kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui bila masa terbaik bagi hambaNya untuk memperolehi dan mendapatkan sesuatu perkara itu. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Saya akan kongsikan kelebihan dan keuntungan yang boleh diperolehi dengan menjadi AHLI TUPPERWARE BRAND di entri lain.



    No comments: