MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, January 31, 2011

DONUT YOGURT .... dan mengundur diri?

Assalamualaikum...
Sebenarnya n3 ditujukan khas kepada izahdaut yang sedang berduka lara tu. Terasa cam sedih sangat bila baca n3 dia pagi tadi. Kita ni baru nak bertatih belajar ilmu yang dikongsikan kat tanah dia tu. Tup..tup cikgu nak tarik diri plak. Wahai Cik Puan Izah Muffin Lover saksikanlah betapa anak muridmu ini amat mendambakan ilmu yang ada di dadamu itu. Tengok..tengok...tengok kat bawah ni, bukti yang menunjukkan ilmu yang dikongsikan itu tidak sia2, telah membolehkan seorang insan yang tak reti masak tiba2 boleh menghasilkan donut bolat2 gitu. Bangga tak?... bangga tak?.... bangga tak?. Senyum sikit ye. Walau apa pun jua sebab yang membuat anda  (hampir2) membuat keputusan sebegitu rupa fikir-fikirkanlah kembali.  THINK POSITIVE. Tak payah fikirkan orang2 yang tidak suka kepada kita tapi fikirkan orang yang ingin berkawan dengan kita. Selagi nawaitu kita keranaNya insyaallah nikmatnya akan kita rasai kelak. Jika tidak di dunia ini mungkin di sana kelak. Amin.

Resepi Donut Yogurt
Sumber : Izah, Videojug.com, Mas

  Bahan :
  • 250 gm tepung gandum
  • 80 gm gula * Mas dan Izah letak 3 sudu makan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 125 ml plain yogurt
  • 1 sudu besar yis segera * Mas dan Izah guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
  • 20 gm butter dicairkan
  • * Mas dan Izah tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • minyak masak untuk menggoreng
  • Resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara :
  1. Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
  2. Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
  4. Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
  5. Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
  6. Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba!

13 comments:

Anonymous said...

eh!eh! donut bentuk bolattt..nanti lenkali nak cuba gak yg ni..lani al-maklumlah tgh sibuk jadi hakim tak bertauliah sat! hehe..

~Norul Mas Hana ~ said...

assalamualaikum kak sam,
bestnyer dah pandai buat donut...
bilalah saya nk try ni...hihi =)

Kak Sam said...

norakhtar
Hehehe org tak gheti mmg cam gitu. Suka2 hati je.

Norul
Pandai tu tak le tp boleh le untuk sendiri makan

anymz said...

waaah!...hah! mek izah,mu harus vangga dah ni..anak muridmu da pandai buat donut gebus cam mek izah punya gak..akak pun nak tumpang merasa gak ni sam..tahniah berjaya buat donut.kekeke

Unknown said...

yeah tepuk tgn utk kak sam yg pandai buat donut...tahniah donut akak gebus la...sedapnya kalau mai awai boleh mkn ni...hehe btw betul la kak sam...saya pun pernah rasa apa yg izah rasa sekrng ni....manusia yg tak pernah nk tgk org senang dan sampai masanya nanti saya juga akan pergi juga...haha jiwang lak mlm2 ni..:)

Kak Sam said...

Kak anymz
Tq..tq..tq

Nieza
La sorang lagi. Nampaknya kena pergi kursus motivasi ni. Jadi pakar motivasi untuk memotivasikan teman2 semua.Hahahaha

Mas said...

wahhh..pandaiii...tepuk tangan....cantik donat akak ni..mulat2 dan gebu....
makcik...tengok ni....cantik dan montok2 donut kak sam....
aku rindu kat kau makcik....

azieazah said...

Orang yang maju biasanya memang sentiasa berfikiran positif.

Hmmm donat, saya dah lama tingin nak buat, tapi sampai la ni, tak terbuat-buat pun lagi...

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak..greetings from love2cook!

Sedapnya donut tu!!! :D

Wattie said...

Salam ziarah,
Sedapnya donut.....memang benar kata Kak Sam, hati akak pun tersentuh jugak bila baca coretan Izah tadi, akak dok wondering jugak apa sebenarnya yg terjadi, pedulikan saja pandangan negatif.....yg penting kita tahu apa yg kita lakukan....

DjDayang Jack said...

assalamualaikum...

donut tu nampak sedap dan gebuss!

Unknown said...

Those look very yummy!

Kak Sam said...

Mas
Tak muncul pun makcik tu. Parah ni.

Azie
Kita kena le sentiasa berfikiran +ve utk maju. Betul dak.

Love
Tq...tq..tq

Wattie
Tq. Ya betullll..

Dj Dayang
Memang sedap. Hehehehe masuk bakul betul.

Now Serving
Tq