MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, January 15, 2011

SIZZLING YEE MEE

Assalamualaikum......
Ni menu breakfast hari ni. Sebenarnya masa nampak menu ni kat dapur k nor minggu lepas memang dah terbayang2 dan terus beli bahan2nya. Tapi disebabkan kekangan masa, hari ni le baru berkesempatan. Tu pun sayur-sayuran out of stock. Masukkan apa yang ada je. Tapi ye le bila kat rumah ni tekak2 melayu belakanya maka slow sikit le makannya. Apapun tq pada k nor sebab kongsi resepi ni dan saya panjangkan ke sini. Suka hati je kan. Harap cikgu tak kisah ye.


SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR
Sumber: Dapur k nor

bahan:
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :) saya tambah lagi 1 sudu
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara2:
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

3 comments:

Mas said...

kak sam...mas dah sampaii..he..he..sedapnya sizzling meee tu, mas suka tau...

K.Nor said...

salam sam, sedap tu mee sizzling.. makan dgn cili jeruk lg best :)

Kak Sam said...

Mas tq kerana sudi bertandang.
K nor nanti saya cari kat dapur sapa yang ada cili jeruk.