Assalamualaikum....
Ni menu breakfast semalam. Ye la masa cuti berkesempatan le buat breakfast kat umah. Kalau hari kerja masing-masing cari breakfast sendiri. Perasan tak, n3 sekarang tak up to date. Kalau tak perasan abaikan yea. Sebabnya banyak bebenor homework yang nak dihantar kepada cikgu2 semua. Jadi kena ikut giliran le yea. Kalau hantar sekaligus nanti pening pula diorang nak semak. Berbalik kepada menu ni saya ambik dari dapur izah. Mula tu boleh tahan, tapi bila nampak plak kat dapur mas terus tak tertahan. Maka tertangguh lagi le muffin labu tu. Nak buat macam mana layan je le. Nasib baik homework takde dateline. Hehehehe kalau tak mesti selalu kena berdiri atas kerusi. Tak pun lari keliling padang. Izah minta izin ye cNp kat sini. Tq..tq..tq.
RESEPI DONUT LABUsumber: cook.com
diolah oleh: izahdaut
Bahan2
- 1 1/2 cawan tepung
- 1/3 cawan gula ~ lain kali kena kurangkan
- 1/2 tsp. garam
- 2 tsp. baking powder
- 1/2 cawan labu kukus dilecek
- 1/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar minyak @ mentega cair
- 1/2 tsp. vanilla
- 1 telur
- Satukan tepung, gula dan baking powder. Gaulkan rata.
- Kemudian dalam bekas yang lain satukan labu lecek, susu segar, minyak, essence vanila dan telur. Gaul sebati. dan terus sahaja masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
- Gaulkan adunan hingga sebati.
- Goreng adunan donut dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana.
- Adunan boleh dijemput menggunakan tangan atau menggunakan sudu.
- Angkat donut bila warne bertukar keperangan dan salutkan dengan gula.
13 comments:
wahhh..cantik jer donut akak membulat...
nampak pun gebu..
sedappkan kak...mas pun suka..
salam kak sam - gebu nya... mesti masuk list ni..drp blog izah .
wah! Nampak sangat menarik lah Sam. Boleh cuba juga lepas ni ni. ..
alamak..pepagi tayang donut daa..lapooo lapooo..
Mas
Akak sekarang ni memang suka buat bulat2 ni. Hehehe.
Lina
Pandai pun. 10 markah untuk lina.
Yus..
Sila..sila...sila. Jangan malu2 ye. Dah siap nanti campak sini bang 5 ketui.
Izah
Mesti perut tengah nyanyi lagu keroncongkan. Cepat2 kukus kan labu yang ada kat dalam peti ais tu.
saya suka donut nie.. ia tak manis sgt dan sgt gebu kan
Sedap nampak, boleh try juga
kak sam, ade lagi ke??? mie dtg nak mintak nih.... mie pn asyk tertangguh je nk buat donut labu nih...bilala nak buat nih...huhuhuhu
Sahrom..
Nanti boleh le minta org umah buatkan.
Paty's
Try...try.. jang tak try yea.
Mimiey
Ye la ni mimiey ni rajin sangat. Banyak benda yang nak dibuatnya.
As salam sam..nampak gebu dan cantik betul donut labu ni..buat kan hati akak teringin nak mencubanya.
Kak Erna
Cuba le. tak rugi punya.
Post a Comment