MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, March 27, 2011

Nasi Tomato & Rakan2

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dalam sibuk2 menyiapkan segala kerja rumah dan berkemas untuk ke kl, masih diberi ruang untuk mengadap pc. Hari ni siapkan breakfast + lunch sekali. Kalau ikut perancangan lepas solat zohor terus gerak. Dah le semalam call hotel yang selalu duduk tu dia kata hari ni penuh esok boleh. Jadi booking untuk hari isnin sampai rabu. Tak tahu le nak merempat kat mana malam nanti. Kira2 jam 5.50 pagi tadi terima panggilan daripada abang di kg memaklumkan bahawa seorang jiran meninggal dunia. Innalillah. Kalau ikutkan hati memang nak balik menjenguk tapi terlalu banyak kekangannya. Insyaallah kalau berkesempatan hujung minggu depan baru balik menjenguk keluarganya. Berbalik pada citer pasal makan, keinginan nak buat nasi tomato ni timbul masa masak mee ketam tempohari. Tengok kat tin sup tomato kimball ada tulis resepi jadi semangat le nak mencuba. Ayam masak merah dengan acar timun saya skodeng dari MyR. Layan je la gambar & resepi kat bawah ni yea. Doakan semoga saya selamat pergi dan pulang. Amin...

RESEPI NASI TOMATO
Sumber: Tin Sup Tomato Kimball

Bahan2
  • 1 Tin Beras
  • 1 Tin air
  • 1 Tin Kimbal Tomato Soup 
  • (Gunakan tin Kimball Tomato Soup sebagai penyukat)
Rempah2 (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 inci lengkuas (saya tak letak)
Bahan2 Tumisan
  • 1 kumtum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji lada hitam
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sb marjerin
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 4-5 helai daun pudina
Cara2
  1. Cairkan marjerin di dalam periuk. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar. Setelah garing masukkan bahan2 tumisan didalam periuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan Kimbal Tomato Soup dan kacau. Seterusnya masukkan daun pudina juga gula dan garam secukup rasa. Setela mendidih masukkan beras dan seterusnya kacau. Biarkan mendidih selama 1 minit. Kemudian padamkan api.
  3. Pindahkan bahan2yang telah dimasak ke dalam periuk automatik dan masakkan seperti biasa. ~ saya terus masak di atas dapur gas.

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya ~ saya tak letak

Cara-cara
  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

RESEPI ACAR TIMUN MENTAH
Sumber: Makyong@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 batang timun
1/4 bawang besar
3 sudu besar cuka makan
garam dan gula secukup rasa
air kapur
1/2 biji lobak merah ~ saya tambah

Cara-cara
  1. Kupas kulit timun dan potong nipis-nipis. Rendam dalam air kapur.
  2. Mayang bawang besar
  3. Sejatkan timun. Masukkan semua bahan-bahan di atas. Gaul sehingga rata
  4. Biarkan selama 5 minit atau lebih sebelum dimakan.


    8 comments:

    Mas said...

    nasi tomato ni memang laku kat rumah mas...
    nak setalam kak..he..he..

    hani said...

    nakkkkk juga

    Chik Mimi said...

    kalau tau dari awai tadi dah start enjin p sana bawa perut

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak,wah lambat mai sini,mesti nasi tomato nih dah abis kan..Akak semoga perjalanan pergi n blk akak selamat & segala urusan di permudahkan..

    Mulan said...

    lama nya tak makan nasi tomato.. nak sikit...!!

    nOOrsha said...

    waa sedap tu nasi tomato....mmg best n kegemaran seisi umah..ehehe

    ftdanisha said...

    argh..sedap ye..dah le ngah lapo ni..pinjam resepi ni..nk belajor wat

    si dara said...

    fuhhhhh...meleleh air liur tngk