MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, March 21, 2011

Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum....
Hari yang memenatkan. Mesyuarat dari jam 10.00 pagi sehingga 2.30 petang. Nasib baik tak beku. Esok pulak ada 2 mesyuarat. Tadi bos bagitau mesyuarat yang 1 tu mungkin aku kena pengerusikan. Tak laratnya. Rasa macam nak terbang balik ke kg je, boleh pergi urut ngan makcik yang best tu. Mesti hilang segala lenguh2 badan ni. Ok le homework ni buat semalam. Kebetulan pagi tadi ada kenduri kat office. Ye la kalau saja2 buat kat rumah ni alamatnya aku ngan aqil le yang jadi tukang perabis. Ingatkan memarble ni susah tapi bila dah cuba heeleh senang je rupanya. Tq ina sebab bagi dorongan yerk. Nanti saya  sambut kat klia. Tapi bila dah potong tu rasa cam tak puas hati sebab coklat terlebih sangat kut. Tu le pasal bila tulis 2 sudu terus je tuang dengan begitu konfiden sekali. Lain kali kena bubuh sikit dulu pastu rasa. Kan cikgu? Minta izin ye copy resepi kat sini. Nanti nak cuba lagi sampai dapat macam yang cikgu ina buat. 

RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 10gram serbuk agar2 @ sepeket
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
* 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk  agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

15 comments:

Love2cook Malaysia said...

Cantik puding tu kak! Mintakkk...uik dah habis ker? ;)

tun_telani said...

kak sam ^^ hari ni sy tgk puding ni kt 2 tempat.. femes btol laa puding roti kak hana nih =) nmpk sedap, tp tun still suka classic bread pudding. hihi..

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,wah umah akak n kak hasue tayang puding sama yer,msti sedap kan,ramai btoi yg dah mncuba puding nih..

Kak Sam said...

Puding ni memang sedap. Tapi hati2 ye masa camputkan coklat tu. Tadi kat ofis ada staff minta resepi lagi. Hehehehe

hana said...

salam kak....nih dtg memalam nih wpon dah ngantuk tersengguk2... takut terngigau puding roti akak so jengah la dulu...hihihi...

akak guna coklat emulco ker serbuk koko kak? klu emulco tak perlu sampai 2sb.. 1sk cukup dah tuh.. klu sudu besar tuh plak jgn sampai membumbung.. rata2 udah la.. dan lg satu bergantung jenis serbuk koko...

tahniah kak berjaya dah tuh me'marble'... cantik dipandang.. pandaiiii... hihi

Nur said...

Cantik la puding roti Kak Sam. Mesti sedap, sebab orang minta resepi kan. :)

Kak Sam said...

Hana...
Kita guna coklat emulco. Tu yang jadi cam gitu. Tak pe le belajar dari kesilapan kan? Apa pu bawa pi ofis licin. Hehehe

Yati...
Memang sedap. Akak plan nak buat lagi ni.

Nazrah said...

Belang tu dah cantik la Kak Sam..saya pun belum cuba..nanti boleh tunjuk ajar...

HaSue said...

Akakkk!dah cantik gini pun nak terjun laut lagik ka?kalo gini nak terjun lombong laa..sbb kite buat sememeh jer..hahaha..


p/s:akak,pi laa buat popup comment,sng skit nak mengomen..hihi.. pegi jek kat dashboard > setting > setting comment yg kat bwhnya tu..pastu tuka ke pop up windows..tq..muahh!*saja nak tambah homework akak..hihi

Kak Sam said...

Nazrah...
cuba le. gerenti sedap punya...

Hasue...
tq. malu ahhh. Insyaallah nanti akak siapkan h/work tu. Hehehehe nampak sgt tak retinya.

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Sam....adeh sunggoh2lah mengguda....nnn ni dahmasuk musim puding roti marble nih..byk2 dapur dah yg duk wat ni.....

Mulan said...

sedap nya puding ni kak sam... nak sikit..

Umm Mymoonah said...

Pudding looks wonderful, the marbled layers makes it more attractive.

~Norul Mas Hana ~ said...

alamak..tertinggal tgk puding roti marble coklat sini...terlepas tren..huhu...cantik la marble kak sam =)

Kak Sam said...

Ayu...
Tak pe tak lama lagi kat dapur ayu plak.

Umm...
tq

Norul..
kat dapur hana ngan hasue lagi cantik.