MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, July 17, 2011

Takde Idea

Assalamualaikum....
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua yang berpuasa pada hari ini, 15 Syaaban 1432h. Semoga amalan kita di bumi ini akan menjadi bekalan untuk kita di sana kelak. Sebenarnya n3 kali ni nak kongsi menu breakfast semalam. Hari jumaat tu letih sangat sebab berjemur di tengah sawah padi sampai 3 jam lebih menyaksikan ujian tanah yang dilakukan oleh ikram. Malam tu memang tak mampu dah nak fikir menu untuk esok pagi. Lepas sembahyang subuh bila tanya hubby katanya buat cucur aje untuk lapik perut sebelum ke sekolah alif. Hari ini ada Hari Kokurikum. Masa duk fikir cucur apa yang nak dibuat teringat pesan Kak Pia di SINI. Apalagi ini le peluang untuk cuba resepi yang dicadangkan. Kebetulan terjumpa kat dapur anna, maka teruskan projek. Memang best le resepi ni. Lain kali kalau buat cucur tak payah guna telur dah.


RESEPI CUCUR BILIS LEMBUT
resepi dari : Hajah Noraini (ANIZ BAKING CENTRE)
Ambil dari SINI

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas
  • sedikit air paip, jika perlu
  • sedikit hirisan bawang merah
  • sedikit ikan bilis, ditumbuk
  • sedikit garam
  • 2 cawan minyak, untuk menggoreng
Cara Membuatnya :
  1. Satukan tepung, garam, bawang dan bilis ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuangkan air panas dan gaul hingga basah. Jika kurang basah, tambah sedikit air paip.
  3. Adunan menjadi seakan berketul dan 1/2 masak.
  4. Bulat-bulatkan adunan kecil-kecil. *Ana ceduk guna sudu je
  5. Panaskan minyak dan masukkan cucur. Goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan toskan.
Sambal Kicap:

Bahan-bahan
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap pekat
Cara Membuatnya: (tak buat)
  1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga lumat.
  2. Masukkan kicap dan gaul sebati. Hidangkan bersama cucur bilis.


    6 comments:

    tun_telani said...

    kak sam, kalau letak air panas mmg jd lembut kan.. tun mmg xkan letak telur masa goreng cucur. fobia. haha.. sbb zaman sekolah dulu penah letak telur dlm cucur, pastu dia meletup masa goreng! kene muka tun.. uuu uuu.. lama jugak nk baik lecur tu. mujur laa xde parut..

    Trying To Be Muslim.. said...

    Kak Sam...takder idea yang menyelerakan.....sometimes, less is more kan? Cicah dengan sos keropok lekooor pun soooooodap!!

    Kalamhati said...

    Kak sam..

    sedapnyee..buat bukak puasa best ni..=)

    Amie said...

    Kak Sam,
    walaupun sekadar cucur ikan bilis, menu ini paling disukai anak-anak, kalau amie buat .... belum sempat habis goreng, sudah kena copet
    anak2... sedap cicah dgn sos cili thai.

    nOOrsha said...

    SALAM KAK SAM.. CUCUR BILIS + SAMBAL KKICAP MMEMANG BES :)PEBERET EN HUBBY SAYA :)

    ijayuji said...

    Salam kak sam!!! mcm sha jugak! cucur ikan bilis cicah sambal kicap mmg sedappp! well kita org johorean asyik kicap jer kan hihihi... kita dah 2 minggu carik ikan bilis tak jumpa2 abi stok agaknyer atau ikan bilis sume dah tukar jadi besar sbb tu tak de jumpa dah 2 minggu ni kat supermarket2 sini :D