MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, January 9, 2012

Macam2 terrr....

Assalamualaikum.......
Dah lama sangat simpan impian nak buat apam yang amat mengancam ni. Bila pakar2 masak duk tayang memang tergoda, terancam, terliur dan macam2 terrr lagi le. Bukannya apa kalau buat takde orang pun nak makan sebab ketiga2 buah hati kat rumah ni memang tak pandang spesis makanan macam ni. Sempena masuk tahun baru 2012, pagi jumaat lepas buat mesyuarat bahagian bil 1/2012 jadi ini le masanya nak cuba skill dot dot dot. Walaupun badan rasa penat tapi gagahkan juga buat apam ni, memang tunggang langgang le dapur malam tu. Hasilnya ada yang o.k dan ada yang k.o, takpe le lain kali cuba lagi. Semua yang o.k tu bawa pergi opis dan alhamdulillah licin tinggal bekas je. Ok le layan je resepi yang diambil dari MyR, tuan tanah dah tak larat mata dah nak terkatup dah ni.



RESEPI APAM POLKADOT
Sumber: Sheely@myresepi

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Peringatan: Lain kali kena tambah essence vanilla sikit dan letak dalam acuan lubang2




    8 comments:

    Unknown said...

    wahh cantik apam dot dot kak sam ni..nampak gebus jer menjadi la tu kak:)

    Kak Sam said...

    Nieza...
    Tu yang ok, yang ko tak berani nak intefrem.

    tun_telani said...

    morning kak sam ^^
    at least akak rajin jugak mencuba.. tun bila tgk ni kan, awal2 dh surrender.. dh tau kalau tuan nyer kurang penyabar nk wat mende renyah2 nih, baik tok sah nk buat. nnti mengamuk sorang2 kt dapur. haha...

    CT Delima said...

    As'salam Kak Sam

    ct pun lama dah tak buat apam dot dot ni. anak2 suka makan2. tapi ama dia yang nak buat tu yang terbantut2 jer..hehehe

    dah cantiklah tu kak sam menjadi elok dah.

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak,ok dah la tuh kak..erm sy kalo wat pon mmg letak esen vanila utk kurngkan hanyir telur,pastu ltk lam acuan lompang jer,coz lam acuan yg lobang tuh takut apam nih jadi mekar lak..

    ady said...

    as-salam kak sam
    cantik kejadian apam dot dot ni kak..comel2 apam tu..Ady tak pernah buat apam dot2..tak tahulah bila nak buat..

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    ini kira dah cukup rajin ni...berapa polkadot lagi, meriah warna warni!

    rahel said...

    Rajinnya buat apam dot-dot..adoii teringin gak nak wat..tapi mod belum datang..